Resepi Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin


Resepi Ayam Masak Merah Ala Lauk Pengantin

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:45 minit,
Jumlah Hidangan:6-7 orang

Hi semua, Kali ni kita akan sediakan Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin, yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Memang menu yang confirm hit lah.



Selalunya kita akan masak Ayam Masak Merah ni untuk dipadankan dengan Nasi Tomato dan Acar Timun atau Jelatah.

Resepi kali sedikit berbeza dgn resepi Ayam Masak Merah yang pernah kita kongsikan sebelum ini.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kisar halus:



20-25 biji cili kering
5-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bawang besar
sedikit air

Bahan-bahan untuk lain:

½ -1 ekor ayam (size kecil atau sederhana)
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
minyak masak, anggaran 2 cawan
½ biji bawang besar
2 helai daun pandan
1 batang kayu manis (boleh tambah pelaga,bunga lawang dan cengkih, jika suka)
1 biji tomato
1 batang serai
sedikit air,untuk berkuah
2 sudu besar gula melaka
½ -1 cawan susu cair
2 sudu besar air asam jawa
garam, secukup rasa
½ cawan kacang pis
1 biji bawang Holland/bawang besar, untuk taburan akhir

Cara Penyediaan:



Cara-cara untuk ayam masak merah:

Cincang kasar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus.

Masukkan dalam pengisar, tambah sedikit air dan kisar halus.

Potong ayam kepada bahagian kecil, gaulkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.



Panaskan minyak. Goreng kesemua ayam sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.

Keluarkan sedikit minyak, tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.

Masukkan daun pandan yang dicarik dan juga kayu manis.

Masukkan hirisan tomato dan serai. Kacau sehingga tomato hancur.



Tuang kesemua bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak serta warna kuah sambal bertukar manjadi gelap dan pekat.

Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti gula melaka, susu cair, air asam jawa, garam secukup rasa dan kacang pis.

Tambah sedikit air jika kuah kering.

Tabur dengan hirisan bawang holland pada akhir sekali dan masak sebentar sukup sekadar bawang holland layu.



Bolehlah angkat dan hidang bersama nasi tomato, dan jelatah atau acar timun.

Tips:

Kalau tak ada susu cair, boleh ganti dengan susu full cream atau sedikit santan.

Jangan kisar bahan-bahan bersama tomato fresh, kerana nanti textur kuah ayam masak merah jadi kurang pekat berkilat dan rasa pun kurang sedap.

Resepi Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker