Resepi Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea


Resepi Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea

Masa Penyediaan: 25-30 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:3-4 orang

Hi Semua, kali ini kita nak masak satu hidangan ala-ala Korea, inspirasi dari youtuber korea yang terkenal iaitu Maangchi. Kalau masakan Korea mesti suka tengok Maangchi.

Kita nak sediakan Korean Honey Butter chicken versi yang pedas sikit, kira ada sedikit twist lah ikut citarasa sendiri, citarasa orang Melayu.

Ayam goreng style korea ini memang sedap, rangup, moist di dalam sebab guna kaedah double fry. Salutan ayam pun sedap, manis sikit sebab ada letak honey dan anak-anak pasti suka.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

sedikit garam
1 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji telur
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung atau tepung kentang
1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan untuk salutan ayam:

3 sudu besar butter (salted)
2-3 ulas bawang putih
3 sudu kecil chilli flakes
1 sudu kecil gula
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
2 sudu besar bijan

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam goreng honey butter:

Cincang halus atau parut bawang putih.
Gaul sekata ayam dengan sedikit garam, kicap cair, lada hitam, telur, tepung gandum, tepung jagung, dan baking powder.

Goreng atau sangai bijan sehingga naik bau bijan.

Sesudah itu, panaskan minyak dan goreng ayam lalu angkat.

Goreng ayam untuk kali kedua dengan menggunakan api sederhana lalu angkat dan tos minyak.

Panaskan butter lalu masukkan bawang putih, serbuk cili kasar, kicap manis, gula dan madu.

Bila bahan sudah sebati, masukkan ayam dan tutup api.

Gaul dan salut ayam goreng dengan kesemua bahan.

Kemudian, hidang ayam goreng honey butter dan tabur bijan yang telah disangai.

Cara-cara untuk serbuk cili buatan sendiri:

Basuh dan tos kering cili daripada air selepas dibasuh.

Goreng tanpa minyak sehingga cili kering menjadi kering, garing dan rangup.

Bila dah garing, kisar kasar cili kering dan siap serbuk cili buatan sendiri.

Tips:

Selain tepung jagung, tepung perapan ayam juga boleh digantikan dengan tepung kentang.

Jika tidak mahu menggoreng cili kering menggunakan atas api, boleh bakar guna oven.

Ketika mahu menggoreng ayam, jangan masukkan terlalu banyak ayam kedalam minyak bagi mengelakkan suhu minyak turun dan salutan ayam menjadi lembik dan hancur.

Tambah sedikit garam jika menggunakan “unsalted butter” kedalam masakan.

Resepi Che Nom

RESEPI MUDAH UNTUK MEMASAK KARI AYAM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker