RESEPI MUDAH UNTUK MEMASAK KARI AYAM

#Kari Ayam

Berikut ini di sertakan ResepiĀ  mudah untuk memasak Kari Ayam tanpa santan untuk hidangan berbuka puasa di bulan Ramadhah bersama Keluarga tersayang.

Kuah kari kalau dinikmati begitu sahaja pun sudah sedap. Bayangkan pula bila anda nikmati kari ayam bersama nasi putih panas, pasti berganda keenakannya!
Bahan-bahan:

Bahan A:

  1. sedikit kulit kayu manis
  2. ubi
  3. buah pelaga
  4. Bunga lawang
  5. cengkih
  6. bawang besar
  7. cili kering
  8. cili hijau

Bahan B:

  1. ayam kampung (digaul dengan serbuk kunyit)
  2. halia dan bawang putih yang dikisar
  3. daun kari
  4. rempah kari daging
  5. garam
  6. serbuk perasa
  7. air secukupnya

Cara-cara:

Tumis rempah ratus.
Masukkan semua bahan A.
Setelah layu, masukkan daun kari.
Masukkan ubi.
Kemudian, masukkan ayam yang digaul bersama serbuk kunyit.
Kacau sekejap, kemudian masukkan halia dan bawang putih yang dikisar.
Kemudian, letakkan rempah kari daging. Kacau perlahan dan sebati.
Letak air secukupnya. Perasakan bersama garam dan serbuk perasa.
Sedia untuk dihidang.

 

Santapan Ramadan: 7 Resepi Ayam Percik Segera, Sedap dan Mantap Beb!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker