Surau tidak dibenar laung azan guna pembesar suara

Sebaran :


Kuala Selangor: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli memandang serius isu tidak dibenarkan azan menggunakan pembesar suara di sebuah taman perumahan di Bandar Puncak Alam, di sini.

Mohd Shaid berkata, beliau menerima satu aduan daripada penduduk taman perumahan itu yang memaklumkan pihak surau tidak boleh melaungkan azan menggunakan pembesar suara.

“Saya dimaklumkan, sekiranya pihak surau mahu menggunakan pembesar suara, mereka perlu menunggu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi membincangkan kebenaran azan menggunakan pembesar suara.

“Bagaimanapun, buat masa ini, pembesar suara ‘portable’ digunakan di dalam surau,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Shaid menggesa Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail supaya menyelesaikan perkara itu dengan kadar segera.

“Saya memberi tempoh seminggu untuk perkara ini diselesaikan sebelum ia merebak ke kawasan lain di Selangor.

“Isu-isu sensitif seperti ini sepatutnya tidak timbul. Penduduk yang duduk dalam masyarakat majmuk, perlu hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya. HM

Bilal meninggal dunia di masjid ketika azan Subuh


Sebaran :

Leave a Reply