Menakjubkan..RM3 juta kutipan, ’18 Puasa di Kampong Pisang’ filem paling laris tahun ini di Astro First

Selepas 10 hari ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First, filem arahan sutradara tersohor Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM3 juta.

Ia sekali gus mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris di Astro First bagi tahun 2021 setakat ini.

“Ia terutamanya peminat filem Melayu untuk terus menyokong karya-karya tempatan tidak kira apa genre sekalipun,” jelas kenyataan tersebut.

Filem “18 Puasa di Kampong Pisang” mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden di mana dia didatangi si iblis yang membawa barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganiaya orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata, dan berjayakah barkoba menyelamatkan Kiambang?

Filem lakonan antaranya Bell Ngasri, Namron, Jaafar Onn dan Siti Elizad ini boleh ditonton di pawagam rumah anda di Astro First dengan melanggan ke saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand.

Bermula Sebagai Jenaka, Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker