Biodata Artis Masya Masyitah

Biodata Artis Masya Masyitah

Biodata Artis Masya Masyitah, berikut adalah Profail dan Latar Belakang Masya Masyitah atau Nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff  lahir 19 Januari 2000 yang dikemaskini pada 15 hb Mei 2021.

Masya Masyitah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria pada 2014. Selain itu, beliau juga ialah naib juara Bintang Kecil anjuran RTM. Masya merakamkan single sulungnya, “Teman Bintang” pada 2014, namun paling dikenali menerusi lagu “Halimunan” (2018). Pada tahun 2020, beliau dinobatkan sebagai juara Yippi Star Quest 2020 dengan menewaskan 3000 peserta seluruh Asia.

Masya Masyitah dilahirkan pada 19 Januari 2000 di Kulim, Kedah. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min. Masya juga fasih berbahasa Mandarin.[31][32] Beliau mendedahkan dalam satu temubual bersama mStar Online pada November 2014 bahawa beliau pernah diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya selepas menjuarai Ceria Popstar musim kedua.[7] Masya turut mendakwa lelaki itu pernah menghantar hadiah ke rumahnya dan menganggunya di sekolah semasa belajar.

Masya mendedahkan telah membeli sebuah rumah berharga RM300,000 secara tunai pada usia 19 tahun pada 2019. Keseluruhan wang itu diperolehinya dari kerjayanya sebagai penyanyi.

Masya Masyitah mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia sembilan tahun.[5] Pada tahun 2011, Masya terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti kanak-kanak Bintang Kecil terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dinobatkan sebagai naib juara.[6] Tiga tahun kemudian, iaitu pada 2014, beliau menjadi salah seorang peserta rancangan TV realiti Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria di bawah bimbingan penyanyi Hazama Azmi dan dinobatkan sebagai juara, ketika itu beliau berusia 14 tahun.[3]

Kerjaya

Selepas tamat Ceria Popstar, Masya bersama enam finalis rancangan itu muncul dengan album kompilasi Ceria Popstar 2 terbitan Warner Music Malaysia. Album ini dikeluarkan pada November 2014.

Beliau berhasrat untuk melebarkan kerjayanya ke Tanah Besar China.[8][9][10] Ini terbukti apabila beliau menjadi naib juara Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong 2016.

Masya menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment dan seterusnya muncul bersama single sulungnya bersama label itu, “Mawar Terbiar”, diikuti oleh single kedua, “Halimunan”.Sebelum “Mawar Terbiar” dan “Halimunan”, Masya terlebih dahulu merakamkan single pertama, “Teman Bintang”.

Pada 7 Oktober 2018, Masya membuat kemunculan bersama Sufian Suhaimi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 dengan mempersembahkan lagu “Di Matamu”. Persembahan mereka mendapat pujian daripada penonton.

Malaysia dalam rancangan realiti nyanyian China

Beliau menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam rancangan realiti nyanyian China, The Coming One musim ketiga yang berlangsung pada Mei 2019. Selain itu, Masya turut diundang menjayakan program ulang tahun ke-45 kempen Hubungan Diplomatik Malaysia-China anjuran Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia.

Pada Ogos 2019, Masya bersama-sama dengan artis-artis Rocketfuel Entertainment, juga dikenali secara kolektif sebagai Rocketfuel All Stars telah merakamkan lagu bertajuk “Oh Malaysiaku” sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-62.

Masya juga telah dicalonkan dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular.[18] Beliau terpilih mewakili China di Festival Lagu-lagu China yang berlangsung pada 17 September 2019 di Nanning, China. Beliau turut menjayakan konsert jelajah Mysista bersama Jeryl Lee yang diadakan pada Oktober dan Disember 2019 di Genting Highlands, Pahang. Masya juga telah memenangi Anugerah Muzik Asia 2019 bagi kategori Artis Muda Paling Berpotensi, yang berlangsung di Shenzhen, China.

Pada Julai 2020, Masya melancarkan single terbaharu, “Hapus” hasil nukilan Amy Bong dan Zimi. Lagu ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang curang di hadapan kekasihnya sendiri.[24] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, ia dibintangi oleh Hun Haqeem.

Beliau telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah dinobatkan sebagai juara pertandingan pencarian bakat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 yang berlangsung pada 24 Oktober 2020, menewaskan penyanyi Filipina, Phem sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 (RM160,000).[26][27] Dalam pertandingan ini, beliau berjaya menewaskan 3000 peserta di seluruh Asia yang mengambil bahagian.

Biodata Artis Masya Masyitah

Masya Masyitah
Nama lahir Siti Nurmasyitah binti Mohd Yusoff
Kelahiran 19 Januari 2000 (umur 21)
Kulim, Kedah, Malaysia
Genre
  • Pop
  • balada
  • R&B
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2009–kini
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Pengkarya berkait
Jeryl Lee, Iqbal Iqnada

 

FOTO

Biodata Artis Masya Masyitah

Biodata Artis Masya Masyitah

Biodata Artis Masya Masyitah

Biodata Artis Masya Masyitah

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

 


Masya Masyitah mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker