[VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣

Orang Melaka sudah tidak asing lagi dengan cara percakapan mereka yang kedengaran kasar di mata orang lain

Namun, memang itu cara mereka bergurau senda kerana suara mereka yang lantang dan lebih suka cakap lepas berbanding cakap cover-cover.

Lain pula kisahnya dengan sebuah video tular di laman TikTok ini apabila dua orang mak cik bertekak tentang gambar kahwin mereka semasa muda mencuri tumpuan ramai.

LIHAT VIDEO DIBAWAH INI:-

Sakan kutuk sesama sendiri macam nak bergaduh, tapi mamat baju kuning elok tidur lena macam tak ada apa-apa yang berlaku

Menerusi perkongsian video daripada @otamblurrrrrr, kelihatan dua orang mak cik sedang bergurau mengutuk gambar kahwin mereka semasa muda dulu.

Oleh kerana mereka berasal dari Melaka, cara percakapan mereka dilihat kasar seperti sedang bergaduh. Tetapi, sebenarnya itu memang cara mereka bergurau senda.

Apa yang lebih menghiburkan ramai adalah apabila seorang remaja lelaki berbaju Melayu kuning dilihat sedang lena diulit mimpi walaupun suara kedua-dua mak cik itu sangat kuat.

Dia seolah-olah sudah biasa dengan situasi itu kerana nampak seperti tidak menghiraukan langsung suara ‘petir’ mak cik itu.

Image from @otamblurrrrr (TikTok)

“Weh kalau aku jadi menantu mak cik ni, nangis dulu dah ni. Tak tahu beza dia marah ke gurau. Haha lelaki yang baju kuning tu kalau bunyi bom confirm tak dengar” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 1M views, 105.3K likes dan 5.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua orang mak cik itu yang ‘mengutuk’ sesama sendiri.

Malah, ada yang mencadangkan supaya mereka berdua dihantar untuk menghentam penyokong-penyokong Israel.

Video tersebut telah dirakam pada tahun 2020 dan telah dimuat naik semula oleh @otamblurrrrr di laman TikToknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @otamblurrrrr (TikTok)

Image via @otamblurrrrr (TikTok)

Punyalah kuat suara mak cik dua orang tu, brader baju kuning bukan main syok tidur. Orang Melaka memang lawak-lawak ya? 😀 – Seismik

Sumber: TikTok

‘YB Hulk’ hilang sabar, ‘amuk’ peniaga bazar Ramadan Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker