TMJ bidas pasukan potong gaji pemain kena kanser

TMJ bidas pasukan potong gaji pemain kena kanser

Pasukan manakah yang disifatkan tidak berperikemanusiaan kerana memotong gaji pemain mereka yang menghidap kanser?

Persoalan itu timbul susulan pendedahan yang dilakukan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagramnya, hari ini.



Menerusi Instastory, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menegaskan sikap kemanusiaan perlu ada dalam mana-mana pasukan bola sepak memandangkan pemain sudah berkorban segalanya demi kejayaan pasukan.

“Orang tu kena Cancer. Selepas dah berhempas pulas bersusah payah untuk awak, takkan lah oleh kerana kena Cancer awak nak potong gaji dia 50%. Macam ni ke jaga orang?

“Mana tak ramai nak angkat kaki. Dalam social media aja hebat. Dalam rumah sendiri hancur. First rule to success is sikap kemanusiaan.

“Nak tutup pekong sendiri suruh kroni kroni buat cerita kononya TMJ dengki. Sedangkan diri sendiri yang tak betul. Yang datang mengadu bukan orang lain. Mangsa mangsa sendiri datang mengadu.



“Lain kali jaga semua orang yang kerja dengan kita dengan adil. Bukan pilih kasih. Kalau tak boleh buat kerja dengan betul letak jawatan, jangan menyusahkan orang. Lagi lagi orang yang berkorban untuk kita,” kata Tunku Ismail. BH

TMJ bidas pasukan potong gaji pemain kena kanser


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker