Bayi, lembu maut dalam nahas Kancil dengan lori tanah

Bayi maut, enam cedera nahas Kancil, lori tanah

MANJUNG: Bayi lelaki berusia 14 hari maut, manakala tiga kanak-kanak antara enam cedera dalam kemalangan membabitkn dua kenderaan di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata di Ayer Tawar, dekat sini pagi tadi.

Kemalangan membabitkan PERODUA Kancil dinaiki bayi berkenaan bersama lima lagi, dipercayai ibu bapanya serta tiga kanak-kanak lelaki berusia antara dua hingga sembilan tahun serta lori membawa muatan tanah dipandu seorang lelaki berusia 50-an dari arah Ayer Tawar menghala Beruas.

Difahamkan, nahas selepas kereta itu dipercayai melanggar dua lembu sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung lori berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 pagi sebelum bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Katanya, setiba bomba di lokasi, didapati seorang lelaki dan tiga kanak-kanak sudah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam, manakala seorang wanita masih tersepit di kerusi penumpang hadapan dan seorang bayi lelaki disahkan maut di lokasi oleh pasukan perubatan.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan. Ketika itu bayi berkenaan sudah dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat pada 7.58 pagi,” katanya. BH

Bayi, lembu maut dalam nahas Kancil dengan lori tanah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker