PM nafi Bajet 2022 berbaur perkauman

Sebaran :

PM nafi Bajet 2022 berbaur perkauman

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sekerasnya dakwaan pembangkang kononnya Bajet 2022 mempunyai dasar tersembunyi termasuk berbaur perkauman di sebalik slogan Keluarga Malaysia.

Beliau sebaliknya menegaskan, belanjawan tahunan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz itu sebenarnya merangkumi semua kaum dan disebut satu persatu di dalam Parlimen pada 29 Oktober lalu.

“Macam mana (ada) unsur perkauman, dia tak faham pasal bajet, dia tak baca kot? Saya ada umumkan untuk Kampung Baru Cina ada… untuk masyarakat India ada….untuk Orang Asli ada… Sarawak pun ada… saya sebut semua sekali.



“Bajet ini bajet inklusif, semua sekali malah kita sebut satu persatu. Mungkin dia tak baca, itu yang dia tak faham, saya rasa tak berapa faham.

“Tak apa nanti Menteri Kewangan akan jawab pasal dia dibahas di Parlimen, kita tunggu jawapan,” katanya pada sidang media di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Bukit Jalil hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (Tentera Darat).

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Subang daripada PKR, Wong Chen yang melahirkan rasa kesal Belanjawan 2022 berbaur perkauman dan wujud dasar tersembunyi di sebalik konsep Keluarga Malaysia.



Sebaliknya ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) itu melihat belanjawan itu lebih memberi fokus kepada kepentingan politik atau belanjawan pilihan raya. MG

PM nafi Bajet 2022 berbaur perkauman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim




Sebaran :

Leave a Reply