Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu

Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu

KOK LANAS: Datuk Seri Mohd Alwi Che Ahmad meminta DAP mengambil tindakan ke atas Ronnie Liu Tian Khiew susulan satu hantaran di laman sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Katanya, kenyataan Ronnie yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya, mempersoalkan mengapa umat Islam tidak boleh bekerja di kilang minuman keras, disifatkan biadap dan mengguris hati umat Islam.

“Saya terpanggil dan kecewa apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan yang jelas menghina, biadap dan menggugat umat Islam dengan mempersoalkan larangan umat Islam bekerja di kilang minuman keras,” katanya ketika ditemui di sini.

“Sekiranya beliau tidak faham atau jahil dengan hal ehwal Islam, sebaiknya diam dan tidak mencampuri urusan agama Islam yang menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat melayu di Malaysia,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO nya.

Tegas Mohd Alwi, kenyataan Ronnie itu boleh membangkitkan kemarahan umat Islam kerana kejahilannya atau dengan sengaja mahu mencemar keharmonian dan kesucian Islam.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan DAP itu mempersoalkan mengapa umat Islam tidak boleh terlibat sama ada bekerja, menyentuh atau menghantar minuman keras.

Katanya, beliau faham, minum minuman keras adalah larangan dan haram bagi umat Islam namun beliau tidak faham kenapa bekerja di kilang minuman keras, juga tidak dibenarkan.

Mohd Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, Ronnie tidak faham bahawa Islam melarang umatnya terlibat sama ada mengangkat, menulis, menghantar atau apa jua urusan berkaitan minuman keras, apatah lagi bekerja di kilang yang menghasilkan minuman keras.-Awani

Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker