Malaysia mampu keluarkan vaksin sendiri berkualiti

Malaysia mampu keluarkan vaksin sendiri berkualiti

Malaysia mampu mencorak laluan dalam pengeluaran produk vaksin sendiri yang berkualiti, berkesan dan selamat mengikut syarat ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).



Perdana Menteri berkata apa yang dilakukan berupaya mengangkat negara menjadi hab pengeluar vaksin selain dapat meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin.

Sebagai langkah awal ke arah itu, beliau berkongsi tiga projek bersedia untuk dilaksanakan melalui PPVN.

Pertama, katanya dua jenis vaksin COVID-19 menggunakan virus yang dilemahkan (inactivated) dan mRNA yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Pembangunan vaksin ini akan tertumpu kepada Variant of Concern (VOC) COVID-19 yang terdapat di Malaysia.



Katanya, ia membabitkan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan iaitu peruntukan penyelidikan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Sukuk Prihatin iaitu bantuan khas peruntukan penyelidikan COVID-19 yang berjumlah RM3.5 juta

“Kedua, vaksin kolera yang dibangunkan hasil kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut membiayai projek ini menggunakan Dana Penyelidikan Strategik (SRF).

“Ia membabitkan sebanyak RM10.5 juta bertajuk, Development of Mucosal/Oral/Subunit Vaccines Against Cholera, Tuberculosis and COVID-19.



“Ketiga, Projek Pre-clinical Evaluation of A Therapeutic Cancer Vaccine for The Treatment of Head and Neck Cancer oleh Cancer Research Malaysia (CRM) berjumlah RM3 juta yang dibiayai MOSTI.

“Bagaimanapun, memandangkan tiada kemudahan ujian klinikal iaitu first in human di Malaysia lagi pada ketika ini, maka CRM akan menjalankan ujian klinikal bermula Februari 2022 sehingga Mac 2023 di United Kingdom (UK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. BH



Malaysia mampu keluarkan vaksin sendiri berkualiti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker