Budak Cedera Parah Ditikam Jiran ‘Masalah Mental’

Budak Cedera Parah Ditikam Jiran ‘Masalah Mental’

Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam seorang warga emas yang disyaki mempunyai masalah mental di Taman permainan rumah pangsa, Jalan Loke Yew, dekat sini semalam.

Mangsa yang berusia empat tahun itu ditikam di perut dan paha oleh suspek yang juga jirannya, bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, anggota bertugas di Pusat Kawalan Daerah menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada pukul 5.39 petang.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis telah pergi ke lokasi dan mendapati mangsa yang cedera ditikam di perut dan paha telah dibawa oleh keluarganya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati individu yang terlibat dikesan menyembunyikan diri di salah sebuah unit rumah pangsa tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis telah berjaya memberkas individu berusia 80 an yang juga jiran kepada mangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.

“Siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Budak Cedera Parah Ditikam Jiran ‘Masalah Mental’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker