Vaksin HPV: KKM belum rancang suntik remaja lelaki

Vaksin HPV: KKM belum rancang suntik remaja lelaki

Kementerian Kesihatan (KKM) belum merancang untuk memberi vaksin Human Papilloma Virus (HPV) kepada remaja lelaki berusia 13 tahun dan ke atas.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, buat masa ini, tiada sebarang dasar vaksinasi ditetapkan bagi golongan itu.



“Setakat ini, dasar kita adalah untuk (memvaksin) perempuan sahaja yang berusia 13 tahun ke atas. Kita belum membuat dasar untuk memberi vaksinasi bagi remaja lelaki.
“Kalau diizinkan, mungkin contohnya dalam tahun hadapan, kita akan laksanakan dasar seperti itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan, Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia untuk memberi vaksin HPV kepada remaja lelaki berusia 13 tahun ke atas.

Menjawab soalan asal berkaitan remaja perempuan yang terlepas vaksinasi HPV, Aaron berkata proses vaksinasi tersebut akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Apabila bekalan vaksin HPV diperoleh pada 2022, remaja perempuan berusia 13 hingga 14 tahun yang terlepas daripada vaksinasi HPV pada tahun ini akan diberi vaksinasi menerusi perkhidmatan kesihatan sekolah seperti sebelum ini.

“Kita maklum bahawa tahun lepas dan tahun ini, vaksinasi HPV tidak dapat diberikan disebabkan pandemik COVID-19,” katanya.



Jelasnya, KKM ketika ini sedang melaksanakan perolehan bagi tender pembekalan suntikan HPV dan ia masih di peringkat penyeliaan.-Awani

Vaksin HPV: KKM belum rancang suntik remaja lelaki

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung



Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker