Ibu Sedih Anak DiBuli Gara-Gara Pakai Kostum Tony Stark Ketika Sambutan Halloween

Ibu Sedih Anak Di Buli Gara-Gara Pakai Kostum Tony Stark Ketika Sambutan Halloween

SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui anaknya yang berusia 10 tahun dibuli di pesta Halloween di sekolahnya kerana mengenakan kostum Iron Man.

Sebelum menghantar anaknya, Evan, ke pesta tersebut, Jill Struckman telah berkongsi foto kanak-kanak tersebut yang berpakaian seperti Tony Stark iaitu watak yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. dalam filem Marvel.



Evan kelihatan gembira sambil menyarungkan kot dan cermin mata khas watak itu bersama janggut yang dilukis.

Bagaimanapun, Jill menerima panggilan telefon yang menyentuh hatinya hanya 20 minit selepas menghantar Evan ke sekolah.

“Mereka berkata, ‘Evan di sini dengan kami dan dia benar-benar kecewa’. Luluh hati saya apabila mendengar berita itu,” katanya.

Selepas bercakap dengan Evan melalui telefon, Jill menjemput anaknya dan mendapati kanak-kanak itu telah membersihkan solekan ala Tony Stark pada wajahnya.



Evan mendedahkan beberapa orang kanak-kanak memberitahu bahawa dia kelihatan bodoh dan semua orang akan mengejeknya.

“Evan berkali-kali memohon maaf kerana memadam solekan dan berkata, ‘kita bekerja keras untuk solekan itu’. Dia benarbenar berfikir tentang perasaan saya,” kata Jill.

Selepas minum dan berbual, Jill bertanya kepada Evan sama ada dia mahu kembali ke majlis itu dan dia mengangguk.



Jill berkata Evan berasa sedikit takut untuk berjalan kembali ke sekolah selepas dia disolek semula, tetapi hari tersebut berakhir dengan baik.

“Jika dia tidak kembali, itu akan mematahkan semangatnya. Dia berbangga dengan dirinya sendiri dan benar-benar detik yang penting dalam hidupnya”

“Terima kasih untuk sokongan yang diberikan. Saya sangat menghargai anda semua,” tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Catatan mengenai kisah buli itu yang dimuat naik di Facebook dan keberanian Evan telah dikongsi beribu kali dan kini kanak kanak tersebut mempunyai peminat di seluruh dunia. – Daily Star



Ibu Sedih Anak DiBuli Gara-Gara Pakai Kostum Tony Stark Ketika Sambutan Halloween

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Demi IRON MAN Sanggup habis RM434,913 [Video]

Ancaman China meningkat setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker