Demi IRON MAN Sanggup habis RM434,913 [Video]

Beijing: Seorang pemuda di China sanggup berhabis wang £80,188 Pound Sterling (RM434,913) semata-mata untuk memenuhi impiannya menjadi watak adiwira komik Marvel, Iron Man.

Peminat tegar Iron Man itu, Liu Dongsheng, 34, dilihat dalam sebuah rakaman video mencuba ciptaannya, sut terbang, Jetpack Iron Man yang dihasilkan sendiri sejak dua tahun lalu.

Dongsheng, dari wilayah Yunnan menghabiskan masa kurang lima minit di udara sambil terbang pada ketinggian tiga meter.



Ciptaannya itu mampu mencecah ketinggian antara 100 hingga 200 meter.

Bagaimanapun, dia perlu berada pada ketinggian maksimum tiga meter dari tanah bertujuan untuk melindungi alam sekitar daripada kesan aktiviti berkenaan.

Dongshen dan pasukannya sudah memohon hak paten untuk sut itu terbang selain menambah baik reka bentuknya dan melakukan ujian lebih lanjut.

Lelaki itu juga mengesahkan, dia merancang mengambil bahagian dalam ujian percubaan di Sungai Kuning atau Sungai Lancang, kelak.

Katanya, dia gemar menonton filem sains fiksyen sejak usianya masih bayi dan mengakui dia sememangnya peminat tegar Iron Man.



“Kadangkala saya membayangkan diri saya sebagai jutawan fiksyen, Tony Stark ketika berlegar di udara,” katanya dalam Daily Star.

Dongshen berkata, jetpack berkenaan sangat ringan dan mudah digunakan.

“Pek roket ini mempunyai lima enjin turbojet kecil dengan kekuatan kuasa 600.

“Saya rancang untuk memulakan perniagaan untuk membangunkan sut ini dan mengeluarkan produk ini,” katanya.



Sebelum ini, ada laporan mengenai pembuatan sut ala Iron Man di China sehingga membuatkan pekerja di kilang dapat mengangkat beban berat yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh kudrat manusia biasa.

Tentera Laut Diraja negara itu juga berminat dan sudah menguji ciptaan berkenaan untuk menilai sama ada sut itu dapat digunakan dalam penugasan dan operasinya.-HM

Video Dibawah ini.



Sut PPE jadi baju raya petugas hadapan KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker