Pukul bapa sebab minta RM10

Pukul bapa sebab minta RM10

KOTA BHARU – Seorang peniaga air dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya yang meminta wang RM10 di rumah mereka di Kampung Dusun Durian, Bachok kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mat Khairi Mohammad, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya, Mohammad Zakaria, 62.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Dusun Durian dekat Bachok kira-kira pukul 10 pagi pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakalan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana mangsa dalam kes tersebut merupakan ahli keluarganya. K Online

Pukul bapa sebab minta RM10


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker