Budak nyaris jadi mangsa culik van putih

Budak nyaris jadi mangsa culik van putih

KLUANG: Seorang wanita mendakwa anak perempuannya hampir menjadi mangsa culik sekumpulan individu yang menggunakan van putih dalam kejadian di Taman Sri Lalang Indah, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, berkata polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 46 tahun yang mendakwa melihat sebuah van putih bercermin gelap dalam keadaan mencurigakan menghampiri anaknya berusia sembilan tahun, kira-kira jam 8.45 pagi.

“Pihak polis sedang menyiasat secara terperinci laporan yang diterima berhubung dakwaan cubaan culik ketika pengadu bersama dua anak perempuannya berusia sembilan dan 10 tahun berada di luar rumah.

“Pengadu melihat sebuah van berwarna putih dalam keadaan mencurigakan menghampiri anaknya yang ketika itu berada pada jarak kira-kira 30 meter daripadanya. Bagaimanapun, pengadu tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan,

“Berikutan itu, pengadu mengarahkan anaknya untuk melarikan diri pulang ke rumah dan van terbabit kemudian terus beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hang Seng turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222,” katanya.

Sejak semalam, tular satu mesej pesanan suara daripada seorang lelaki yang meminta orang ramai supaya berhati-hati berikutan dakwaan kemunculan van putih terbabit yang dikaitkan dengan cubaan menculik. BH

Budak nyaris jadi mangsa culik van putih


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker