Johari tegur PN, jangan ‘pick and choose’ angka ekonomi

Johari tegur PN, jangan ‘pick and choose’ angka ekonomi

Perikatan Nasional ditegur supaya tidak memilih-milih angka ekonomi untuk mencantikkan prestasi pentadbiran lepas, memandangkan tidak semua rakyat arif tentang ekonomi.

Menjawab perbahasan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berkata perkembangan ekonomi Malaysia pada 2021 tidak mengatasi penguncupan yang dialami pada 2020, tidak sepertimana Singapura dan Indonesia.

Bekas menteri kewangan II itu menjelaskan Singapura dan Indonesia masing-masing menguncup 4.1% dan 2.1% pada 2020, namun melantun kepada 7.6% dan 3.7% pada 2021.

Malaysia bagaimanapun hanya berkembang 3.1% pada 2021, berbanding penguncupan 5.5% pada 2020. “Tidak cukup untuk cover penguncupan yang berlaku pada 2020.”

Johari seterusnya menarik perhatian Dewan Rakyat kepada kadar pengangguran, yang mana pada 2021 ia meningkat kepada 730,000 orang iaitu 4.6% berbanding 581,000 orang atau 3.4% pada 2022.

Pemimpin Barisan Nasional menyeru pembangkang supaya melihat ekonomi secara mutlak apabila mahu bercakap tentangnya.

“Ekonomi ini rakyat biasa dia tak berapa faham. Jadi apabila kita membentangkan sebagai Ahli Parlimen, kita mesti bertanggungjawab,” katanya.

“Apabila kita cerita pasal soal ekonomi kita kena tengok angka-angka ini secara keseluruhan, bukan ‘pick and choose’ (memilih-milih).” FMT

Johari tegur PN, jangan ‘pick and choose’ angka ekonomi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker