Projek Saluran Gas Vs Projek Terowong Dasar Laut, Yang Mana Gagal Sebenarnya

Oleh Nurul Aisyah

SKANDAL Terowong dasar laut Lim Guan Eng bukan lagi rahsia. Projek tersebut benar-benar gagal. Malah kerajaan negeri Pulau Pinang didesak agar menjelaskan kepada rakyat berhubung isu terowong dasar laut tersebut yang mungkin akan digantikan dengan jambatan yang merentasi Selat Pulau Pinang.

Sekiranya benar terowong dasar laut itu akan digantikan dengan jambatan, bagaimana kerajaan negeri mahu mengambil balik tanah yang telah diberikan kepada pihak konsortium sebagai satu pembayaran kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut berkenaan.

Itu isu tanah yang dijadikan bayaran, bagaimana pula dengan tragedi Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group, berakhir dengan kematian. Menurut sumber, beliau baru sahaja dipanggil untuk menjadi Saksi Pendakwaan Ke-9 di dalam kes rasuah terowong bawah laut Lim Guan Eng. Namun belum sempat beliau menjalankan tugas sebagai saksi ke 9, SK Ewe ditemui mati. Beliau dikatakan terjatuh daripada tingkat atas sebuah kondominium mewah di Pulau Tikus Pulau Pinang.

Ironinya, majlis presiden PH keluarkan kenyataan bersama untuk menggelar projek saluran paip Barisan Nasional sebagai projek gagal. Projek itu bermula 2017 dan sepatutnya siap tahun 2020 tetapi kerajaan PH telah menghentikan projek tersebut pada tahun 2018, lalu mereka mengelarkan projek itu sudah gagal?

Berlainan pula dengan projek terowong Pulau Pinang DAP. Projek bernilai RM6.3 bilion ini diberi DAP pada tahun 2013 dan inilah jadual projek yang dikeluarkan ketika itu.

  • Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang patut siap tahun 2017.
  • Jalan dari lebuhraya Tun Lim Chong Eu ke Ayer Itam patut siap tahun 2018.
  • Jalan dari lebuhraya Tun Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney patut siap tahun 2020.
  • Tiga jalan utama sepatutnya sudah siap bawah projek ini pada tahun lepas.

Sepatutnya terowong pun sudah patut mula digali bermula awal tahun lepas dan akan siap 3 tahun lagi pada tahun 2024. Hakikatnya, satu inci jalan atau satu inci terowong tidak pernah dibina atau digali.
Yang ada cuma laporan kebolehlaksanaan bernilai ratusan juta Ringgit yang sudahpun dibayar oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jadi adalah tidak adil apabila projek saluran gas yang dihentikan oleh PH setahun selepas projek bermula digelar “gagal” tanpa seorang pun pernah didakwa menyeleweng oleh PH sepanjang 22 bulan itu.

PH sendiri pula tidak pernah memberi sebarang komen mengenai projek terowong dasar laut yang ternyata dan terbukti gagal.

Projek-projek saluran gas ini diberi kepada syarikat antara terbesar dunia, syarikat dibayar oleh EXIM bank milik China (bukan kerajaan Malaysia yang bayar) dan dihenti oleh PH pada tahun pertama bagi tempoh 3 tahun projek. Projek saluran gas ini memberi banyak manfaat pada Sabah dari segi penjanaan elektrik serta pembangunan industri.

 

Kenyataan bersama Majlis Presiden PH mengelar projek saluran gas projek TSGP dan MPP sebagai “projek yang telah gagal” tidak akan mampu menutup jenayah yang berlaku dalam skandal Terowong Dasar laut Lim Guan Eng. Bukti menunjukkan PH yang menghentikan projek saluran gas tersebut lalu mengelarkannya gagal. Akhirnya rakyat akan lebih sedar bahawa PH sangat tidak berkredibiliti dan tidak mampu menjadi kerajaan. Bukti 22 bulan sudah cukup buat rakyat serik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker