PM lancar NTBp bagi tingkatkan perdagangan negara

PM lancar NTBp bagi tingkatkan perdagangan negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) yang bermatlamat untuk meningkatkan daya saing perdagangan negara.

Beliau berkata, NTBp itu mengandungi lapan teras strategik dan 40 cadangan bagi memperkukuhkan kedudukan negara di arena antarabangsa.

“Ia memberi tumpuan terhadap perubahan yang perlu dilakukan di sektor eksport bagi membolehkannya berkembang menerusi pengukuhan fasiliti perdagangan, logistik, pematuhan piawai, akses pasaran, kemampanan, pendigitalan dan teknologi, pelaburan dan penjenamaan.

“Cadangan-cadangan itu akan diimplimentasi menerusi lapan kumpulan kerja yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan pakar daripada sektor awam dan swasta.

“Rangka kerja ini mencerminkan hasrat jelas kerajaan untuk menambah baik kedudukan dan daya saing negara di arena antarabangsa,” katanya ketika berucap secara maya bagi melancarkan NTBp hari ini.

Ismail Sabri berkata, NTBp itu melengkapkan dasar dan pelan induk sedia ada, selari dengan landskap perdagangan dan keperluan komuniti perniagaan.

PM lancar NTBp bagi tingkatkan perdagangan negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker