Wakaf ASNB melabur sambil beramal

Wakaf ASNB melabur sambil beramal

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya, memperkenalkan perkhidmatan baharu Wakaf ASNB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata perkhidmatan itu menyatukan konsep pelaburan dunia dan akhirat bagi membolehkan pelabur ASNB mewakafkan unit amanah mereka untuk manfaat kepada komuniti secara berterusan.



Wakaf ASNB berkonsepkan wakaf muabbad iaitu wakaf berkekalan yang mengambil pendekatan untuk menyimpan modal dana wakaf bagi menghasilkan potensi pulangan setiap tahun.

“Pulangan itu kemudian akan disalurkan kepada projek wakaf dalam sektor kesihatan, pendidikan, pemerkasaan komuniti dan misi kemanusiaan.

“Wakaf ASNB adalah langkah proaktif bagi PNB untuk memperkasa pengurusan wakaf di Malaysia, selaras dengan usaha kerajaan mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional,” katanya.

Wakaf ASNB adalah hasil kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang melantik ASNB sebagai Mutawalli iaitu pentadbir aset wakaf menerusi anak syarikat ASNB, ASNB Wakalah Sdn Bhd (AWSB).



Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan watikah pelantikan ASNB Wakalah Sdn Bhd (AWSB) sebagai Mutawalli yang diadakan di pejabat MAIWP baru-baru ini.

Pada majlis itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya menyampaikan watikah kepada Pengerusi AWSB, Prof Dr Mohamad Akram Laldin.

Turut hadir Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar; Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin.

Tun Ariffin berkata, Wakaf ASNB membuka peluang kepada pelabur untuk melabur sambil beramal.



Wakaf ASNB menjadi pelengkap kepada khidmat perancangan kewangan ASNB, merangkumi pelaburan yang pelbagai dan kemudahan pewarisan melalui Hibah Amanah serta Pengisytiharan Amanah.

“Kini semua pemegang unit Akaun Dewasa ASNB berbilang kaum boleh mewakafkan unit amanah mereka menerusi perkhidmatan Wakaf ASNB mulai hari ini di semua cawangan ASNB seluruh negara,” katanya.

Transaksi wakaf di portal dan aplikasi mudah alih myASNB akan bermula pada 1 November ini bagi semua dana ASNB, kecuali ASN Imbang 1 mulai 1 Disember ini.

Transaksi minimum Wakaf ASNB adalah sebanyak RM1,000 bagi unit amanah harga tetap dan harga berubah harga silam dan 1,000 unit minimum bagi unit amanah harga berubah harga hadapan.



Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan Wakaf ASNB, pemegang unit boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau layari laman web Wakaf ASNB. BH

Wakaf ASNB melabur sambil beramal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker