870,000 individu hilang pendapatan terima bantuan RM500 – Ismail Sabri
PUTRAJAYA: Seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini bakal menerima manfaat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu diberikan secara one-off mulai esok melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Menurut beliau, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun ini.
“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.
Katanya, untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.
“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE
870,000 individu hilang pendapatan terima bantuan RM500 – Ismail Sabri
Baca Artikel Menarik :
- Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?
- 4 Adun melompat kata banyak ‘tawaran’, esok akan buat keputusan
- Pasport Shafee dikembalikan oleh mahkamah
- Sajat dakwa Arab Saudi bagi dia buat umrah sebagai wanita
- Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
- Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat
- Ular sawa 50kg sembunyi di siling tandas rumah keluarga Zoey Rahman
- ‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid
- Najib bidas Mahathir fitnah Sultan Johor
- Guan Eng jangan biadap – Shahril
- Joget ‘goyang pargoy’ cemar sambutan Maulidur Rasul [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.