BKP mula dibayar esok

BKP mula dibayar esok

Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off bermula esok (26 Oktober 2021).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga
Malaysia.

“BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya,Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my. Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan
Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” jelasnya. K Online

BKP mula dibayar esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker