870,000 individu hilang pendapatan terima bantuan RM500 – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini bakal menerima manfaat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu diberikan secara  one-off mulai esok melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menurut beliau, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber  pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun ini.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan  Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas  akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Katanya, untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk  Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal  berkenaan.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang  disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan  Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih  mencabar ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

870,000 individu hilang pendapatan terima bantuan RM500 – Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pandora Papers akan dibahaskan di Parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker