Sempat ajar suami mengucap, berzikir
Sempat ajar suami mengucap, berzikir
IPOH: Isteri Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan sempat mengajar suami mengucap dan berzikir sebelum pengarah tersohor itu menghembuskan nafas terakhir, tengah malam tadi.
Menceritakan detik terakhir bersama arwah, Hasmah tidak menyangka suaminya pergi secepat itu kerana berada dalam keadaan sihat.
“Perwatakan arwah ceria seperti biasa. Malah, sebelum kejadian itu, suami cukup teruja melayan tetamu di kafe Sarang Art Hub.
“Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma, suami memang sibuk dengan kerja penggambaran. Satu demi satu projek diusahakan hingga saya ajak bercuti pun ditolak.
Hasmah tidak menyangka suaminya pergi dalam keadaan sihat malah teruja melayan pengunjung di Sarang Art Hub, malam tadi. L
“Selepas ketiadaannya, baru saya sedar dia seolah-olah sudah tahu tidak punya banyak masa.
“Disebabkan itu, dia berusaha menyelesaikan projek yang sudah dirancang hingga sanggup mengorbankan masa rehat dan mengambil ringan soal kesihatannya,” katanya ketika ditemui BH Online di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1, di sini, hari ini.
Sementara itu, Hasmah yang mesra disapa Kak Intan terkilan arwah suami tidak sempat menyiapkan drama bersiri yang mengangkat kisah dongeng rakyat.
“Arwah pernah pergi ke kedai buku untuk mencari karya berkaitan kisah dongeng rakyat. Sebaliknya, apa yang ditemui adalah kisah dongeng luar negara yang dialih ke Bahasa Melayu.
“Kecewa dengan situasi itu dan dengan niat mengangkat kembali cerita rakyat, timbul idea untuk menerbitkan drama bersiri 15 episod berjudul Hikayat Dongeng Rakyat Malaysia.
“Persiapan sudah separuh dan ramai pelakon menyatakan persetujuan terbabit dalam drama itu. Malangnya, arwah pergi sebelum sempat menyiapkan hasil kerjanya itu.
“Mungkin anak keempat kami, Mohd Khalid Amen akan mengambil alih tugas menyiapkan projek itu. Saya harap, semua pihak dapat beri sokongan kepadanya,” katanya.
Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh selepas Zohor. BH
Sempat ajar suami mengucap, berzikir
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Ribut petir di empat negeri pagi ini
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.