Sebelum tidur rasa macam nak mati – Linda Rafar

Sebelum tidur rasa macam nak mati – Linda Rafar

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar memberitahu bahawa merasakan ada sesuatu yang aneh telah terjadi pada dirinya baru-baru ini.

Menurut Linda Rafar atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, dia berkata sejak kebelakangan ini, dirinya mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam, yang anehnya sebelum memelapkan mata, Linda akan terbayang peristiwa atau kenangan silam yang akan memberikannya kesan pada dirinya.



Selain itu, dia juga mendakwa bahawa sebelum tidur, perasaan ingin mati akan sentiasa berada dalam ingatannya.

Melihat insiden ini, Linda menjadi risau dan hairan, lantas terus bertanyakan pendapat kepada pengikutnya mengenai perkara ini.

“Dah tido ke? nak tanya ni, siapa macam Linda setiap malam sebelum nak tidur terasa macam nak mati,?” tulisnya.

Tambah Linda lagi, dia akan berasa sebak serta sayu apabila melihat gambar kawasan yang sunyi, kemudian akan mengimbau kembali kenangan bersama arwah anak serta ibu-bapanya yang sudahpun meninggal dunia.



“Dan kenapa bila lihat gambar ni hati rasa sedih, sebak dan teringat semua arwah anak, mak dan abah, ada tak yang mengalami situasi macam Linda,” ujarnya.

Melihat daripada perkongsian dan pertanyaan yang dibuat oleh Linda, pengikutnya memberitahu bahawa penyanyi ini berkemungkinan mengalami masalah kemurungan ataupun “anxiety”.

“Selalu sangat hampir setiap malam kadang-kadang nak tidur pun takut. Untuk orang anxiety parah la sikit sebab fikir macam macam sebelum tidur, jaga diri

“Mungkin akak ada “anxiety disorder” dan faktor umur yang meningkat



“Anxiety, saya pun macam ni juga, biasa kena serangan tu petang atau malam,” komen pengikutnya. Wy

Sebelum tidur rasa macam nak mati – Linda Rafar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker