Kadar populasi dewasa lengkap divaksin 91.4%

Sebaran :

Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam tadi, meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus, pada Khamis (14 Okt).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,260,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 174,732 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,633,404.



Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 20.2 peratus atau 637,079 orang telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 77.5 peratus atau 2,439,727 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

– Bernama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora


Sebaran :

Leave a Reply