Peja pasang angan-angan mahu rampas kembali Perak

 

KUALA KANGSAR – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tekad untuk mendapatkan semula pentadbiran kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau berkata, langkah itu bagi menebus kembali urus tadbir kerajaan yang telah diambil alih.



Menurutnya, pentadbiran PN di Perak sebelum ini telah mengendalikan kerajaan yang stabil hingga berjaya mendapatkan lebihan dalam Belanjawan Negeri dan menyelesaikan masalah hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Seingat saya di Perak, belum pernah lagi ada kerajaan negeri beri bonus kepada semua penjawat awam sebanyak sebulan gaji selama dua tahun berturut-turut.

“Kitalah juga yang memulakan pemberian kad prihatin rakyat untuk ringankan beban rakyat susah.

“Rakyat Perak nampak mesej apa yang PN bawa, sebagai sebuah parti yang amalkan politik perkhidmatan, membantu rakyat susah untuk pastikan masa depan anak cucu terjamin.



“Untuk PRU15 ini, jentera dan kekuatan telah diperkukuh dan kami di sini bersedia nak rampas kembali pentadbiran Perak,” katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran PN Perak di Dewan Jubli Perak di sini pada Ahad.

Pengerusi PN Perak itu berkata, pembahagian kerusi komponen antara Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di negeri ini telahpun selesai.

Katanya, rundingan bersama Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria dan Pengerusi Gerakan, Datuk See Tean Seng itu dapat dilakukan dalam suasana yang baik dan lancar.

“Perundingan pembahagian kerusi kalangan komponen PN Perak telah selesai 100 peratus.



“Alhamdulillah, rasa syukur sangat kerana kalau Peja (Ahmad Faizal) dengan Pak Teh (Razman) dan Datuk See, kerja kami erat macam adik beradik hingga di setiap kawasan dapat diselesaikan.

“Kita sedia pertahankan kerusi-kerusi yang sedang dipegang dan akan menambah lagi (kerusi menang) supaya dapat tubuh kerajaan pula di Putrajaya,” katanya.

Timbalan Presiden Bersatu itu turut melahirkan bangga, apabila PN Perak menjadi negeri pertama dapat menubuhkan jawatankuasa di semua peringkat Parlimen.

“Bukan rahsia lagi esok lusa nak dibubarkan Dewan, mungkin DUN Perak pun nak dibubarkan juga.



“Hari ini kita baru nak lancarkan, tetapi tidak mengapa kerana kita sudahpun bergerak dengan begitu kuat dan erat sejak lebih dua tahun lalu,” katanya.

Pelancaran PN Perak telah disempurnakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turur hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker