Malaysia hanya benar kapal selam nuklear Australia masuk ikut kes tertentu

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat pertimbangan berdasarkan kes sekiranya kapal selam berkuasa nuklear milik Australia ingin memasuki perairan negara atau melakukan aktiviti ketenteraan bersama Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Beliau menjawab pertanyaan Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu pendirian semasa kerajaan berkaitan isu pakatan keselamatan tiga negara antara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (AUKUS) susulan kunjungan utusan khas Australia baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, utusan khas Australia itu menegaskan AUKUS bukan sebuah pakatan ketenteraan tetapi kerjasama teknologi kapal selam nuklear yang tidak membabitkan aktiviti senjata nuklear.



“Namun saya ingatkan menteri pertahanan Australia agar semua pihak tidak harus menggunakan senjata yang provokatif.

“Pendirian Malaysia tetap konsisten dan tidak berganjak seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa pembentukan AUKUS melahirkan kegusaran rantau ASEAN kerana mengganggu gugat keamanan dan kestabilan rantau ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang akan dipengerusikan Brunei pada Nov ini dijangka turut membahaskan mengenai AUKUS.

“ADMM adalah platform penting untuk kukuhkan kerjasama serantau. AUKUS juga saya pasti akan dibincangkan nanti dan saya pasti pendirian mengenai AUKUS akan mencapai persetujuan bersama di sana,” katanya.



Malaysia hanya benar kapal selam nuklear Australia masuk ikut kes tertentu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker