Guna nama TMJ, gelaran Datuk Seri palsu terbabit sindiket Forex

Guna nama TMJ, gelaran Datuk Seri palsu terbabit sindiket Forex

Polis mengesan satu sindiket pemalsuan dokumen pertukaran mata wang asing (Forex) melibatkan seorang wanita tempatan dengan gelaran “Datuk Seri” palsu yang menyalahgunakan nama Tunku Mahkota Johor.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dokumen palsu itu dikeluarkan dan ditandatangani wanita terbabit yang mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjalankan urusan tukaran mata wang asing dolar AS kepada ringgit bernilai USD200 bilion hingga USD5 trilion yang dipercayai palsu.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati urusan itu melibatkan penggunaan akaun seorang lelaki tempatan.

“Hasil semakan melalui www.istiadat.gov.my mendapati penama bergelar Datuk Seri itu tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gelaran Datuk Seri serta merupakan suspek dalam kes penipuan draf Bank of Tokyo pada 2011.

“Semakan ke atas lelaki tempatan yang juga terlibat sebagai proksi itu adalah seorang peguam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun, boleh disebat serta didenda, jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan individu yang mendakwa mereka mempunyai hubungan baik dengan Istana Johor tanpa usul periksa. FMT

Guna nama TMJ, gelaran Datuk Seri palsu terbabit sindiket Forex


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker