Anggota polis meninggal ketika imamkan solat Subuh di surau

Anggota polis meninggal ketika imamkan solat Subuh di surau

Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya berpangkat Sarjan Mejar (SM) dilaporkan meninggal dunia semasa mengimamkan solat Subuh di sebuah surah di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi.

Allahyarham Sarjan Mejar Rosli Maskan, 56, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi, di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali dipercayai mengalami masalah jantung.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, berkata Allahyarham meninggal dunia ketika mengimamkan rakaat pertama solat Subuh.

“Allahyarham bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya, amat merasai kehilangannya dan akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, untuk ujian saringan COVID-19.

Allahyarham Rosli meninggalkan seorang isteri, Rossilawati Abd Rahim dan empat anak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuantan, Batang Kali.

Anggota polis meninggal ketika imamkan solat Subuh di surau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker