Resepi kacang pool sedap, pasti tambah

Resepi kacang pool sedap, pasti tambah

Sedapnya kacang pool ni. Bagi penggemar juadah yang popular di Johor ini wajib cuba resepi yang dikongsi oleh Chef Ameer Hamzah ini. Pasti puas hati.

HIDANGAN: 10 ORANG

BAHAN:

800 gm daging kisar
2 tin kacang foul madammes – kisar kasar
1 tin kacang panggang – kisar kasar
3 sudu besar minyak
2 sudu besar minyak sapi
½ sudu jintan manis
½ sudu kecil jintan putih
1 labu bawang besar – hiris
8 ulas bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih – kisar
½ cm halia – kisar
2 sudu besar tomato puri
5 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah beriani
1 biji tomato – kisar kasar
250 ml air
3 sudu besar sos tomato
1 labu bawang Holland – kisar kasar
Sedikit garam dan gula

BAHAN HIASAN

½ labu bawang – cincang
1 tangkai cili hijau – hiris
2 biji limau kasturi
1 biji telur goreng

CARA:

1.Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2.Masukkan kacang foul madammes, kacang panggang, bawang merah dan bawang putih. Kacau rata.
3.Masukkan tomato puri dan kacau sebentar.
4.Kemudian masukkan rempah kari daging dan rempah beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
5.Masukkan tomato yang telah dikisar dan kacau lagi.
6.Selepas itu, masukkan daging kisar, biarkan ia empuk selama 15 minit.
7.Akhir sekali, masukkan sos tomato, bawang Holland, gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi selama 10 minit. Hidangkan dengan bawang cincang, cili hijau, limau kasturi dan telur goreng

Resepi oleh Chef Ameer Hamzah

Resepi kacang pool sedap, pasti tambah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker