Giliran Faizal Tahir Bimbing Mat Salih Ucap Syahadah Merupakan Satu Momen Cukup Indah [VIDEO]

Giliran Faizal Tahir Bimbing Mat Salih Ucap Syahadah Merupakan Satu Momen Cukup Indah [VIDEO]

MOMEN mengajar seorang saudara baharu mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan satu pengalaman yang cukup indah dalam hidup penyanyi Faizal Tahir.

Menurut Faizal, 42, dia teruja apabila dapat membimbing dan menyaksikan sendiri seorang lelaki warganegara New Zealand memeluk Islam di sebuah kandang kuda yang terletak di Cameron Highland, Pahang pada Isnin lalu.

“Ini kali pertama saya diberi peluang oleh adik saya, Anas Tahir dan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk membimbing seorang saudara baharu memeluk Islam

“Ceritanya… pagi Isnin itu saya dapat mesej daripada pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja.

“Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda berkenaan dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam.

“Alhamdulillah… dapat membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram Faizal berkongsi video dia mengajar seorang lelaki mengucap kalimah syahadah disaksikan oleh adiknya, Anas yang juga penyampai radio Zayan dan wakil Hidayah Centre Foundation.

VIDEO DIBAWAH:-

Perkongsian Faizal itu menerima pujian dan mengundang sebak dalam kalangan pengikutnya di laman berkenaan.

Mengakui seronok mengikuti pertubuhan kebajikan untuk saudara baharu dan mualaf itu, penyanyi lagu Sampai Syurga ini berkata dia akan bergerak lebih aktif bersama organisasi berkenaan.

“Sejujurnya memang dah lama saya pasang niat untuk buat benda ini, jadi apabila ada peluang macam ini saya tak siasiakan.

“Adik saya dah biasa dengan program syahadah begini… tapi untuk saya ini merupakan pengalaman baharu. Sebelum ini saya hanya berkesempatan mengikuti event seperti berbuka puasa dan lain-lain.

“Hidayah Centre Foundation ditubuhkan untuk menjaga kebajikan mualaf, membimbing mereka yang mahu memeluk Islam dan menjaga kebajikan mereka selepas memeluk Islam, InsyaAllah selepas ini mungkin saya akan lebih aktif bersama organisasi ini,” ujarnya-mSTAR

Giliran Faizal Tahir Bimbing Mat Salih Ucap Syahadah Merupakan Satu Momen Cukup Indah [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa Penyanyi Faizal Tahir Meninggal Dunia – Al-Fatihah

Bagai sirih pulang ke gagang! Faizal Tahir ‘reunion’ dengan Mirwana menerusi lagu…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker