Shuib Sepahtu Dedah Wajah Ayash Affan -“MasyaAllah…Sempurna, Anda Sangat Kacak” [VIDEO]

Shuib Sepahtu Dedah Wajah Ayash Affan -“MasyaAllah…Sempurna, Anda Sangat Kacak” [VIDEO]

SEPERTI yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan puteranya itu

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

“MasyaAllah. Nampak sempurna, Ayash anda sangat kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh okay

“Kenapa air mata tak boleh berhenti ni… semoga menjadi anak soleh ya sayang!

“Lambang pengorbanan ibu… jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat arwah Siti Sarah. Al-Fatihah buatnya,” komen pengikut.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011-mSTAR

Shuib Sepahtu Dedah Wajah Ayash Affan -“MasyaAllah…Sempurna, Anda Sangat Kacak” [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker