Ketiadaan syarat ekuiti Bumiputera bagi syarikat IILS asing dipertikai

Ketiadaan syarat ekuiti Bumiputera bagi syarikat IILS asing dipertikai

Seorang ahli ekonomi mempersoalkan ketiadaan syarat ekuiti Bumiputera bagi syarikat penghantaran fret asing yang tergolong sebagai penyedia Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (IILS).

Walaupun Kementerian Kewangan telah menangguhkan rancangan untuk menguatkuasakan peraturan ekuiti 51% Bumiputera bagi penghantar fret dengan lesen pembrokeran kastam hingga Disember tahun depan, tiada syarat ekuiti dikenakan bagi penyedia IILS asing.



IILS adalah status yang diberikan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada syarikat logistik yang menyediakan perkhidmatan logistik hujung-ke-hujung bersepadu sebagai satu entiti pada skala serantau atau global.

“Logiknya salah. Peraturan itu patut terpakai untuk semua pihak dan tidak boleh bersifat diskriminatif,” kata Ramon Navaratnam.

“Ini akan menghantar mesej yang salah kepada orang bukan Melayu – bahawa kerajaan lebih mengutamakan warga asing berbanding rakyat tempatan.

“Ini tidak akan diterima di mana saja dalam dunia,” tambah bekas setiausaha agung Kementerian Pengangkutan itu.



Perkara itu juga menarik perhatian bekas menteri pengangkutan, Loke Siew Fook, yang pada Selasa mempersoalkan mengapa IILS milik asing tidak dikenakan syarat ekuiti Bumiputera.

Ahli Parlimen Seremban itu juga berkata, dasar itu tidak adil kepada syarikat milik bukan Bumiputera dan melemahkan daya saingnya.

“Di mana konsep Keluarga Malaysia di sini?” Loke bertanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

“Saya tahu ada agenda untuk mengukuhkan ekuiti Bumiputera, tetapi ini bukan cara yang betul dan dasar ini mesti dikaji lebih lanjut.”



Bagaimanapun, orang dalam industri melihat isu ini menerusi lensa yang berbeza.

Bekas pegawai kastam, Gary Foong, mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam menubuhkan jabatan kawalan perolehan, dan mengendalikan rantaian bekalan dan penghantaran eksport di sebuah syarikat multinasional Jepun.

Katanya, walaupun rakyat Malaysia mungkin menganggap ketiadaan peraturan ekuiti Bumiputera bagi syarikat IILS asing adalah “tidak adil” dan mewujudkan tanggapan bahawa kerajaan lebih menyokong perniagaan asing, berbanding perniagaan tempatan, banyak syarikat asing menekankan kerahsiaan sebagai prasyarat dalam kegiatan perniagaan di Malaysia.

“Apabila mereka menjalankan rantaian bekalan sendiri, tidak akan ada maklumat yang bocor mengenai harga, vendor, pembekal dan hal-hal seperti itu,” kata Foong, yang juga ahli Persatuan Pengangkutan Fret Malaysia.



“Pelabur asing mengkaji Malaysia, mereka tahu apa yang negara kita tawarkan. Jika mereka tidak dapat menjalankan perniagaan di Malaysia, mereka akan pergi ke Thailand atau Indonesia.

“Dalam perspektif ini, ada sebab syarikat-syarikat sedemikian diberi pengecualian ini.” FMT

Ketiadaan syarat ekuiti Bumiputera bagi syarikat IILS asing dipertikai


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker