Jaringan Ronaldo didakwa tidak sah

Jaringan Ronaldo didakwa tidak sah

LONDON: Jaringan kemenangan kontroversi Cristiano Ronaldo pada minit ke-95 untuk Manchester United ketika menentang Villarreal mencetus perdebatan di media sosial.

Rata-rata peminat mendakwa ia sepatutnya dibatalkan kerana pemain gantian United Jesse Lingard berada dalam kedudukan ofsaid.

Bagaimanapun sebahagian lagi mengatakan ia tidak ofsaid kerana penjaga gol Villarreal Geronimo Rulli tidak dihalang pemain United itu.

Ronaldo meledak gol kemenangan dalam kecederaan selepas Alex Telles memadamkan kelebihan Villarreal hasil jaringan pembukaan Paco Alcacer.

Video Bantuan Pengadil (VAR) mengiktiraf jaringan Ronaldo untuk kemenangan 2-1 United pada perlawanan yang dikuasai Villarreal.

Sebahagian peminat mendakwa gol bertuah itu pasti akan dibatalkan jika ia tidak datang daripada United.

Sebahagian lagi pula mengatakan Lingard yang terbaring di depan Rulli tidak menghalang pemandangan atau pergerakan penjaga gol itu.

Pakar statistik pula lebih memberi perhatian kepada jumlah jaringan Ronaldo dalam masa kecederaan.

“Ini adalah kali ke-12 Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-90 atau dalam masa kecederaan saingan Liga Juara-Juara,” kata salah seorang peminat.

Seteru tradisinya, Lionel Messi yang kini bersama Paris Saint-Germain, baru enam kali menjaringkan gol dalam tempoh akhir permainan di kejohanan tertinggi Eropah itu. BH

Jaringan Ronaldo didakwa tidak sah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker