Vans Lancar Koleksi Khas Untuk 6 Filem Seram Terbitan Warner Bros

Vans Lancar Koleksi Khas Untuk 6 Filem Seram Terbitan Warner Bros

Tanpa dijangka Vans dan Warner Bros. Consumer Products bakal melancarkan koleksi khas untuk filem seram popular terbitan Warner Bros pada 1 Oktober ini.

Setiap model kasut, aksesori dan juga pakaian dalam koleksi ini diinterpretasikan daripada watak-watak terkenal yang ada dalam filem The Shining, The Exorcist, The Lost Boys, Friday the 13th, Nightmare on Elm Street dan IT.



Watak yang sangat dekat di hati peminat antaranya Freddy Krueger, pasangan kembar dari filem The Shining dan Jason Voorhees dapat dilihat menghiasi koleksi hebat ini.



Di atas ini hanyalah sebahagian daripada koleksi penuh Vans x Horror Collection. Antara model yang paling dinantikan pastinya Sk-8 Hi ‘Freddy Krueger’ yang mengingatkan kami kepada model Nike SB yang diharamkan satu ketika dahulu.



Bukan itu sahaja, fleece pullover dengan grafik topeng hoki glow-in-the-dark dan beg sandang Elm StreetWard pasti akan menjadi rebutan peminat. Untuk kasut pula, koleksi ini menampilkan model Classic Slip-On, Slide-On, Slip-Skool, Old Skool dan Style 47 Creeper yang boleh dipilih mengikut kesesuaian gaya anda.

Untuk anda yang berminat, koleksi ini akan dilancarkan secara rasmi pada 1 October 2021 di cawangan Vans Malaysia berdekatan anda dan untuk maklumat lanjut boleh ke laman dalam talian Vans Malaysia. Vc

Vans Lancar Koleksi Khas Untuk 6 Filem Seram Terbitan Warner Bros


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker