Kes rusuhan tokong Cheras, 2 lagi ditahan

Kes rusuhan tokong Cheras, 2 lagi ditahan

Polis menahan dua lagi individu berhubung kekecohan yang berlaku berhampiran Tokong Chee How di Salak Selatan, Kuala Lumpur, semalam.

Penangkapan itu dibuat pada jam 3 petang hari ini setelah rundingan antara polis dan wakil tokong.

Kedua-dua individu itu yang menyerah diri dibawa keluar dari tokong dengan kenderaan polis yang berasingan.

Semalam, polis menahan empat individu kerana disyaki melakukan rusuhan ketika Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur berusaha mendirikan penghadang bagi pembinaan di sebelah tokong.

Polis mendakwa bahawa sekumpulan individu menyerang beberapa anggota polis yang bertugas.

Menurut catatan di media sosial, kumpulan itu percaya pihak berkuasa datang untuk merobohkan sebahagian tokong itu.

Malaysiakini berulang kali berusaha mendapatkan ulasan daripada ahli jawatankuasa tokong, namun gagal.

Ramai di antara mereka yang ditemui di tokong hari ini enggan bercakap kepada media.

Namun, difahamkan bahawa tokong itu terletak di atas sebidang tanah milik kerajaan dan dikhaskan untuk sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan.

Polis belum memberikan komen mengenai penangkapan baru itu.

Pagi ini, Timbalan Menteri Perpaduan Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengunjungi wakil tokong.

Selepas pertemuan itu, Fayhsal tidak memberikan sebarang ulasan kepada media.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim hadir di tokong itu kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Dia dan pegawai kerajaan lain memeriksa tanah yang menjadi pertikaian. Mk

Kes rusuhan tokong Cheras, 2 lagi ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker