Risiko gemuk selepas berhenti merokok

Risiko gemuk selepas berhenti merokok

Satu kajian baharu mendapati tindakan berhenti merokok akan membawa kepada diet tidak seimbang yang boleh mengakibatkan masalah kegemukan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Minnesota itu mendedahkan bahawa sistem opioid atau fungsi otak yang bertanggungjawab terhadap ketagihan dan selera makan akan menyebabkan bekas perokok memilih untuk mengambil makanan tinggi kandungan lemak serta manis bagi memenuhi ketagihan mereka.



“Kami menilai sama ada penghentian pengambilan nikotin akan menyebabkan peningkatan pengambilan makanan ringan yang tinggi dengan kandungan garam, lemak dan gula.

“Selain itu, bagaimana reseptor yang menurunkan tekanan dalam sistem opioid terlibat dalam proses ini turut dikaji.

“Ini kerana dengan mengatasi cabaran tersebut dalam proses rawatan, ia dapat membantu pesakit berhenti merokok dan dalam masa sama, memahami tabiat pemakanan mereka serta menggalakkan keputusan yang lebih sihat,” kata ketua penyelidik, Dr. Mustafa al’Absi.

Menerusi kajian tersebut, kumpulan bukan perokok dan perokok diarahkan untuk berhenti mengambil nikotin dalam tempoh 24 jam. Mereka diberikan plasebo atau naltrexone iaitu sejenis ubat yang kerap digunakan untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah ketagihan bahan tersebut.



Hasilnya mendapati, individu yang berhenti merokok mengambil lebih banyak makanan berkalori berbanding mereka yang tidak merokok.

“Hasil kajian ini mungkin berkait dengan penggunaan makanan, terutamanya yang tinggi kalori untuk mengatasi kesan negatif dan tekanan yang menggambarkan perasaan mereka ketika baru berhenti merokok.

“Selain itu, keputusan daripada kajian praklinikal dan klinikal turut menyokong hasil penyelidikan ini. Ia menunjukkan bahawa tekanan meningkatkan kecenderungan untuk mengambil makanan tinggi lemak dan gula,” katanya. K Online


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker