Lima Penerbangan Tertunda 15 minit Gara Gara Kura-Kura [VIDEO]

Lima Penerbangan Tertunda 15 minit Gara Gara Kura-Kura

GARA-GARA seekor kura-kura, lima pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun terpaksa menangguhkan penerbangan selama 15 minit pada Jumaat lalu.

Kura-kura tersebut dilihat berada di landasan lapangan terbang berkenaan oleh seorang juruterbang lalu menyebabkan beliau menghubungi menara trafik udara.

Para petugas lapangan terbang itu segera melakukan pemeriksaan di landasan sepanjang 4,000 meter.

Mereka kemudiannya membawa kura-kura itu ke tempat selamat.

Menurut para pegawai penerbangan, kura-kura tersebut berkemungkinan dari kolam berhampiran lapangan terbang tersebut yang terletak kira-kira 100 meter.

Tambah melucukan, salah satu pesawat yang terjejas turut dihiasi dengan gambar penyu laut gergasi.

Pesawat Airbus 380 milik All-Nippon Airways (ANA) dihiasi gambar berkenaan bagi meraikan perkhidmatan syarikat penerbangan itu ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

Hawaii merupakan lokasi yang melindungi haiwan dan menganggap haiwan adalah suci.

“Di Hawaii, penyu laut dilihat membawa tuah dan kami harap kehadiran kura-kura itu untuk melihat pesawat berlepas menandakan masa depan yang lebih cerah,” kata jurucakap ANA. — Daily Star

Lima Penerbangan Tertunda 15 minit Gara Gara Kura-Kura


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Uncle Ini Temankan Kursar Peliharaannya Pusing Kawasan Undang Perhatian Netizen [VIDEO]

[VIDEO] ‘Ajar Maksud Kura-Kura Pun Rumit’- Video Rakyat Malaysia Bersama Isteri Minah Salih Buat Netizen Terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker