Uncle Ini Temankan Kursar Peliharaannya Pusing Kawasan Undang Perhatian Netizen [VIDEO]

Uncle Ini Temankan Kursar Peliharaannya Pusing Kawasan Undang Perhatian Netizen [VIDEO]

Mempunyai haiwan peliharaan sememangnya dapat menghilangkan rasa bosan kita

Tambahan lagi jika kita selalu berseorangan, haiwan peliharaan lah yang menjadi peneman kita. Kadang-kadang kita juga sampai bercakap dengan mereka betul tak?

Kebiasaannya ramai orang yang suka memelihara kucing kerana ianya comel dan menghiburkan. Tetapi, ada juga yang memelihara haiwan lain yang mereka suka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang uncle membawa haiwan peliharaannya bersiar-siar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bawa kura-kura peliharaan jalan petang di kawasan rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang uncle Cina sedang berada di kawasan perumahannya bersama haiwan peliharaannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukanlah membawa haiwan peliharaan seperti kebiasaan orang iaitu anjing dan kucing, tetapi dia membawa kura-kura miliknya.

Lebih menakjubkan lagi, saiz badan kura-kuranya itu sangat besar dan laju ketika berjalan. Difahamkan nama kura-kura tersebut ialah Kursar.

“Selalu tengok orang bawa anjing, ni lain macam” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat saiz badan kura-kuranya itu.  Malah, ramai yang memberi pendapat tentang di sebalik nama haiwan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 230.9K views, 27.8K likes dan 925 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hebatlah uncle! jarang nak tengok orang bawa keluar haiwan peliharaan macam ni :D-Seismik

Uncle Ini Temankan Kursar Peliharaannya Pusing Kawasan Undang Perhatian Netizen [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Temui Kura-Kura Selebriti Dengan Perjalanan Yang Panjang Dan Perlahan

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker