NASA rakam imej ‘pedang saber Star Wars’ di angkasa lepas

Sebaran :

Garisan biru yang kelihatan seperti pedang saber biru dalam filem Star Wars adalah gas yang terhasil daripada pembentukan bintang baharu. – NASA

NASA rakam imej ‘pedang saber Star Wars’ di angkasa lepas. Ahli astronomi di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) telah mengesan penemuan baharu yang unik di angkasa lepas yang menyerupai pedang saber berwarna biru seperti dalam filem Star Wars, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Fenomena yang jarang-jarang ditemui itu disebut sebagai HH1 atau ‘Objek Herbig-Haro’ yang membentuk pedang saber daripada filem sains fiksyen arahan George Lucas itu.

Menurut penjelasan ahli astronomi NASA, garisan biru yang kelihatan seperti pedang itu adalah lintasan dua jet gas yang sangat panas dan melantun keluar dari bintang yang baru terbentuk kira-kira 1,300 tahun cahaya dari Bumi.

Meskipun kita tidak dapat melihat HH1 dengan mata kasar seperti meteor yang jatuh atau Bulan, teleskop berkteknologi Hubble dapat merakam peristiwa ini menggunakan pengimejan inframerah.

Sementara itu, para saintis di Agensi Angkasa Lepas Eropah menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa kejadian seperti HH1 adalah sangat jarang berlaku.

“Bintang yang baru terbentuk biasanya sangat aktif dan dalam beberapa kes, ia memuntahkan jet gas terion yang sangat panas sehingga molekul dan atomnya kehilangan elektronnya.”

“Aliran gas terionis kemudian bertebaran dengan awan gas dan debu yang mengelilingi bintang-bintang yang baru terbentuk dengan kepantasan mencecah ratusan kilometer sesaat,” tulis kenyataan itu.

Sejak terapung di sekitar sistem suria Bumi hampir 31 tahun lalu, teleskop angkasa lepas Hubble NASA telah membuat berjuta-juta penemuan yang mengagumkan dan merakam beberapa foto yang menakjubkan.

Ini telah membantu para saintis menemui lubang hitam, menganggarkan usia alam semesta, dan mencari planet baharu. – Agensi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ribut geomagnetik landa Bumi hari ini


Sebaran :

Leave a Reply