70,000 rumah tenggelam akibat banjir di Bangkok

70,000 rumah tenggelam akibat banjir di Bangkok

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand hari ini bergegas untuk melindungi beberapa kawasan di Bangkok daripada banjir yang menenggelamkan 70,000 buah rumah dan membunuh enam orang di wilayah utara dan tengah negara itu.

Ribut Tropika Dianmu menyebabkan banjir berlaku di 30 wilayah dengan kawasan tengah Thailand paling teruk terjejas, kata Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand.

Paras Sungai Chao Phraya yang mengalir ke Bangkok sejauh hampir 400 kilometer dari utara terus meningkat ketika pihak berkuasa melepaskan air dari beberapa empangan di hulu.

Pasukan tentera mendirikan tembok penghadang dan menggunakan guni pasir untuk melindungi beberapa runtuhan dan mercu tanda kuno selain beberapa kawasan kejiranan di ibu kota lama, Ayutthaya, sekitar 60 kilometer ke utara Bangkok.

Terdapat harapan Bangkok akan dapat menghindari bencana musim tengkujuh pada 2011 daripada berulang. Banjir terburuk dalam tempoh beberapa dekad itu menyaksikan satu perlima kota raya Bangkok ditenggelami air dan lebih 500 orang terkorban.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok menyatakan, pihaknya sedang mengawasi paras air Sungai Chao Phraya dengan teliti dan menyediakan pam air serta beg pasir sebagai persediaan menghadapi ancaman banjir.


SEORANG lelaki berdiri di hadapan benteng beg pasir yang dibina di Bangkok hari ini. – AFP

“Kami akan memberi amaran sekiranya terdapat tanda-tanda air naik dan jika ada risiko banjir kilat,” kata Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang hari ini.

Bangkok yang pernah diberi gelaran ‘Kota Venice Timur’, dibina di atas bekas tanah paya pada ketinggian 1.5 meter dari permukaan laut. K Online

70,000 rumah tenggelam akibat banjir di Bangkok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker