Polis nafi tokong diroboh, hanya bina pagar

Sebaran :

Polis nafi tokong diroboh, hanya bina pagar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong yang didakwa tular dalam sosial dalam kejadian di Sungai Besi dekat sini hari ini.

Ini susulan beberapa video tular menujukkan berlaku rusuhan terdapat sekumpulan individu didakwa bagi menghalang pihak berkuasa meroboh sebuah tokong di lokasi kejadian.

Dalam video itu, terdapat sekumpulan wanita dan lelaki selain bersenjatakan kayu dilihat menghalang serta menyerang pihak polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, satu operasi telah dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) untuk membina pagar penghadang ‘hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.

Katanya, dalam operasi bermula 11.45 pagi hingga 4 petang itu, pihak Polis Ibu pejabat Polis Daerah Cheras telah hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi yang dijalankan.

“Semasa operasi sedang dijalankan,
terdapat kira-kira kurang 30 orang lelaki dan perempuan membawa kayu dan besi.

“Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idzam berkata, susulan itu, polis menahan empat individu berusia 19 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes di siasat dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Malah, satu video berkaitan isu ini telah dimuat naik dilaman Facebook bagi tujuan meraih simpati dan dieksploitasi.

“Sehubungan dengan itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis Daerah Cheras menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Asisten Superintenden Mohamad Sukri Ishak (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 013-2165881 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi membantu siasatan. Utusan

Polis nafi tokong diroboh, hanya bina pagar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah


Sebaran :

Leave a Reply