Setiap Tahun Rakyat Korea Selatan Didakwa Makan Sejuta Ekor Anjing [VIDEO]

Setiap Tahun Rakyat Korea Selatan Didakwa Makan Sejuta Ekor Anjing

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menggesa larangan dikenakan terhadap tradisi memakan daging anjing yang diamalkan sebilangan penduduk negara itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Jae-in, kini tiba masanya untuk negara itu menamatkan amalan yang memalukan di peringkat dunia.



“Mungkin telah tiba masanya untuk kita pertimbangkan mengenai larangan bagi amalan memakan daging anjing?” kata Jae-in seperti yang dilaporkan jurucakapnya.

Beliau menyuarakan isu tersebut dalam mesyuarat mingguan bersama Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyum kelmarin.

Dianggarkan kira-kira sejuta ekor anjing telah dimakan di Korea Selatan setiap tahun dalam amalan lama yang masih diamalkan sehingga kini.



Trend tersebut bagaimanapun kini menurun secara berterusan dengan ramai penduduk mula melihat haiwan itu sebagai haiwan peliharaan berbanding makanan.

Aktiviti tersebut menjadi kurang popular dalam kalangan golongan muda negara itu selain terdapat banyak tekanan daripada para aktivis hak asasi haiwan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Jun 2018, Mahkamah Perbandaran Korea Selatan memutuskan bahawa membunuh anjing untuk mendapatkan dagingnya adalah diharamkan di negara itu, namun ia tidak melarang amalan pemakanan daging tersebut. – AGENSI



Setiap Tahun Rakyat Korea Selatan Didakwa Makan Sejuta Ekor Anjing


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ibu Mabuk, Keluar Cari Dadah… Anak Comel Ini Umur 9 Tahun Maut Dibaham Anjing



Asteroid Gergasi ‘Kleopatra’ Berbentuk Tulang Anjing Dirakam Dalam Sistem Solar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker