Polis buru pemandu MPV lawan arus
Polis buru pemandu MPV lawan arus
Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki disyaki melarikan diri selepas memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara lawan arus di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan, 17 September lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata suspek berusia 26 tahun itu diperlukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.
“Suspek yang beralamat di Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, amat dikehendaki bagi membantu siasatan kes.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Inspektor L Ramesh, melalui talian 016-4935596 atau ‘hotline’ IPD Sabak Bernam 03-32245963,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan MPV terbabit dipecut secara lawan arus sejauh kira-kira dua kilometer (km) dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis.
Pemandu terbabit dapat melarikan diri, manakala penumpang berusia 27 tahun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui 19 peket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandangnya. BH
Polis buru pemandu MPV lawan arus
Baca Artikel Menarik :
- 37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19
- FIFA kagum gol roket Tae Su Sabah FC(Video)
- Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz
- Bung mohon maaf di Dewan Rakyat
- Najib Disalahkan i-Citra Belum Dinaikkan ke RM10ribu
- Kenapa Zeti Sibuk Beri “Amaran” kepada TH Sedangkan TH Bukan Bawah Pemantauan BNM
- Khalid mengaku keluarkan surat sokongan
- Elizabeth Tan jadi mangsa buli, gantung tanpa tali
- Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut
- Harap Ismail betulkan tiga kesilapan dilakukan PH
- PU Syed Tegur Caprice “Bersumpah Dengan Nama Allah Atau Lebih Baik Diam”
Layari Laman Facebook MYKMU
Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah
You must be logged in to post a comment.