Pelancongan kesihatan kian lumpuh, hilang berbilion ringgit

Pelancongan kesihatan kian lumpuh, hilang berbilion ringgit

Penutupan sempadan negara sejak Mac tahun lalu bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 menyaksikan industri pelancongan kesihatan lumpuh sekali gus mengakibatkan Malaysia kehilangan pendapatan berjumlah berbilion ringgit.

Pelancongan kesihatan atau dikenali sebagai pelancongan perubatan merupakan industri bagi tujuan menarik pelancong berkunjung ke sesebuah negara atas sebab perawatan dan perubatan di samping melancong.



Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Mohd. Daud Mohd. Arif berkata, prestasi industri pelancongan kesihatan negara mencapai paras tertinggi pada 2019 apabila mencatatkan nilai bil penghospitalan berjumlah RM1.7 bilion yang dikutip daripada 1.2 juta pelancong kesihatan.

Katanya, nilai tersebut dianggarkan memberi kesan berganda antara tiga hingga empat kali kepada ekonomi domestik, apabila pelancong kesihatan turut ber­belanja bagi kemudahan hotel, makanan dan pengangkutan.

“Tahun lalu, nilai bil penghospitalan pelancong asing merosot 60 peratus kepada RM780 juta apabila industri ini hanya mampu beroperasi pada tiga bulan pertama sebelum sempadan negara ditutup.

“Bagi tempoh setahun lalu iaitu bermula Julai 2020, dianggarkan hanya 300 hingga 400 warga asing yang dibenarkan datang ke negara ini bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada ­Kosmo! baru-baru ini.



Katanya, pesakit asing yang dibenarkan datang hanyalah untuk kes spesifik, yang mana mereka pernah datang berubat di Malaysia dan perlu jalani rawatan susulan.

Jelasnya, ia hanya melibatkan penyakit-penyakit kritikal dan bukan pesakit baharu.

“Mereka juga perlu mematuhi prosedur operasi standard ketat, antaranya menjalani saringan Covid-19 sebanyak tiga kali iaitu tiga hari sebelum berlepas, sewaktu tiba di lapangan terbang di sini dan selepas dikuarantin selama 10 hari.

“Pesakit di­bawa ke hotel dari lapangan terbang menggunakan ambulans dan selepas menjalani rawatan, mereka terus pulang ke negara masing-masing,” katanya.



Mohd. Daud berkata, MHTC berharap sektor pelancongan kesihatan negara dapat kembali dibuka pada suku keempat tahun ini, namun perkara perlu diuta­makan ialah keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia sendiri.

“Sekarang bilangan kes jangkitan Covid-19 harian masih tinggi, namun apabila ia turun kelak, industri pelancongan kesihatan negara akan bertambah baik.

“Amat penting untuk kita memastikan Malaysia sebuah negara yang selamat dan mampu menjamin kesihatan warga ­asing untuk datang berubat di negara ini tanpa sebarang kebimba­ngan,” katanya. K Online

Pelancongan kesihatan kian lumpuh, hilang berbilion ringgit




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker