Perdana Menteri bentang RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini

Perdana Menteri bentang RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan maklumat Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen Malaysia, beliau dijangka mengemukakan usul RMK-12 pada pukul 11.30 pagi selepas selesai sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula pada pukul 10 pagi.

Soalan pertama akan dikemukakan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkaitan apakah rancangan strategik untuk terus menjadikan negara mesra pelabur pasca Covid-19 dan menarik pelaburan syarikat gergasi antarabangsa.

Dalam pada itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) akan bertanya Menteri Luar Negeri mengenai pendirian Malaysia dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan China selepas insiden pencerobohan perairan berdekatan Beting Patinggi Ali di Sarawak baru-baru ini.

Selain itu, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) akan bertanya mengenai maklum balas terkini status vaksinasi kepada pekerja tempatan dan asing melibatkan sektor pembinaan kepada Menteri kerja Raya.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini. K Online

Perdana Menteri bentang RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker