Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran

Seorang lelaki ditemui rentung selepas rumahnya hangus dalam kebakaran di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Abdul Rahman Abu, 38, ditemui di bilik mandi rumah terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah yang dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, rumah jenis separuh kekal itu didapati telah 90% terbakar manakala sebuah kereta Proton Saga juga hangus 30%.

“Berdasarkan pemeriksaan, seorang mangsa ditemui mati di bilik mandi dan mayatnya terus dikeluarkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jurucakap memaklumkan, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.48 pagi dan mereka masih lagi menyiasat punca kebakaran berkenaan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker